Kau Aku - Aizat (zysnetwork version)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, June 26, 2009

aku ingin berjaya

Assalamualaikum W.B.T.........

Aku manusia lemah.Tak mampu berdiri teguh.aku serba tiada.aku serba kekurangan.Tapi aku ingin berjaya seperti yang lain nya.Tapi kenapa aku xbisa membuktikan yang aku boleh berjaya.Aku ingin berubah.Berubah daripada kegagalan kepada kejayaan.Agar aku bisa membuatkan orang disekelilingku merasa bangga terhadap diri ku.adakah aku mampu untuk membuktikan nya.

Pelbagai dugaan yang aku hadapi.Semua nya datang dari diriku sendiri.Aku pemalas!Dungu!Bodoh!dan semuanya yang jelek ada pada diriku.aku ingin buang semua itu.tetapi kenapa sehingga hari ni aku masih tidak berubah.kenapa aku sentiasa membuatkan orang memandang rendah pada aku.2009 datang.kini sudah separuh jalan ke tahun 2010.SPM sudah makin menghampiri.adakah aku mampu membawa pulang kejayaan untuk yang telah menghabiskan seumur hidupnya untuk aku.mereka ingin aku berjaya.aku sendiri ingin berjaya.Bagai kan ada satu batu besar yang ada dalam kepala otak aku yang menghalang aku untuk berusaha menjadi seorang yang berjaya.

Niat.setiap hari aku kata pada diriku sendiri.Hari ini kau akan BERUBAH!!tapi.....aku tak pernah berubah.memang salah aku.dugaan yang berada disekelilingku yang membuat aku lalai sehingga lupa matlamat aku sebenarnya.aku cuba lupakan dugaan yang melalaikan itu.ternyata aku sering gagal membuangnya.aku tidak dapat mengambil iktibar dari bidalan "berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.

Ramai sudah yang menasihatkan aku.tapi bagai mencurah ke daun keladi.Bagaimana aku harus berubah???????Ya Allah..berikan lah hamba hidayah-Mu