Kau Aku - Aizat (zysnetwork version)


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, September 14, 2009

AKHIRNYA!!

Setelah 4 perlawanan berturut-turut kemenangan dicatatkan oleh kelab meningkat naik TOTTENHAM HOTSPUR akhirnya kelab ini mencatatkan kekalahan pertama musim ini di tangan gergasi bola sepak england MANCHESTER UNITED pada perlawanan kelima nya pagi Ahad lalu.Spurs tewas 3-1.Walaupun telah mendahului 1-0 seawal minit pertama melalui jaringan Jermain Defoe, Spurs gagal menyekat kemaraan The Red Devils dengan membalas serangan bertubi-tubi ke atas jentera pertahanan Spurs.

Pada minit ke-25 akhirnya gol balas pertama oleh Ryan Giggs melalui sepakan percuma tepat ke arah gawang gol, menewaskan benteng pertahanan dan penjaga gol Spurs Carlo Cudicini.Red Devils tidak mudah mengalah dan memberi tentangan sengit sekali lagi dan pemain muda berusia 21 tahun, Anderson menjaringkan kedua untuk manchester united dan pertama buat diri nya pada musim ini pada minit ke-41.

Pada babak kedua Red Devils terpaksa bermain dengan 10 pemain kerana Paul Scholes dilayangkan kad merah.situasi ini menyebabkan gergasi merah itu tempang.Pada minit ke-78 Wayne Rooney mengesahkan kemenangan pasukan pelawat dengan gol ke-3 .MANCHESTER UNITED Pictures, Images and PhotosTottenham Hotspur Logo Pictures, Images and Photos

0 comments: